Dasar Privasi
Berkuat kuasa: Mac 2022
Pernyataan Privasi
Kyowa Kirin Malaysia Sdn Bhd (“Kyowa Kirin”) komited terhadap perlindungan privasi dan maklumat peribadi anda, tertakluk pada peruntukan Pernyataan Privasi ini. Pernyataan Privasi ini menerangkan dasar privasi kami berkenaan dengan maklumat peribadi tertentu pada laman web kami https://www.kyowakirin.com/malaysia/ (“laman web Kyowa Kirin” (kemudian dari ini, disebut sebagai laman web ini)).
1. Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Peribadi
(i) Maklumat Peribadi
“Maklumat Peribadi” di dalam ini bermaksud maklumat peribadi anda yang mengandungi data yang boleh dikenal pasti, seperti nama, tarikh lahir, alamat rumah, nombor ID, nombor telefon, alamat e-mel, potret atau suara, dan yang boleh dikekalkan dengan menggunakan media komputer, dokumen, atau pelbagai jenis peranti maklumat.
(ii) Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Peribadi
Untuk membolehkan Kyowa Kirin memberi anda sebarang maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami, anda mungkin diminta supaya memberikan Maklumat Peribadi anda kepada Kyowa Kirin. Dalam hal sedemikian, Kyowa Kirin akan menunjukkan tujuan pengumpulan dan penggunaan Maklumat Peribadi anda kepada anda, dan sekiranya Kyowa Kirin perlu menggunakan Maklumat Peribadi anda melebihi tujuan tersebut, Kyowa Kirin akan memberitahu anda tentang tujuan baru itu terlebih dahulu. Dalam apa-apa hal, anda boleh enggan memberikan Maklumat Peribadi anda kepada Kyowa Kirin. Walau bagaimanapun, jika begitu, anda seharusnya menyedari bahawa Kyowa Kirin tidak dapat memberi anda mana-mana perkhidmatan kami.
Sekiranya anda tidak mahu memberikan maklumat peribadi anda, anda boleh enggan memberikannya. Walau bagaimanapun, jika begitu, kami tidak dapat memberikan beberapa perkhidmatan yang memerlukan maklumat peribadi yang sewajarnya.
(iii) Penzahiran kepada Kontraktor Perniagaan atau Ahli Gabungan
Sekiranya kontraktor perniagaan atau ahli gabungan kami yang telah mengikat perjanjian kerahsiaan tertentu dengan Kyowa Kirin memerlukan Maklumat Peribadi anda untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan pengendalian laman web ini, Kyowa Kirin boleh menzahirkan Maklumat Peribadi itu kepada kontraktor perniagaan atau ahli gabungan tersebut. Kontraktor perniagaan atau ahli gabungan Kyowa Kirin boleh menjawab pertanyaan anda dengan terus melalui cara yang dianggap sesuai.
(iv) Lain-lain
- Pemprosesan Statistik
Kyowa Kirin boleh mengumpulkan maklumat tertentu mengenai lawatan anda, seperti tarikh dan waktu akses anda kepada Laman Web Kyowa Kirin, untuk tujuan penambahbaikan laman web ini. Maklumat tersebut akan dianalisis dari segi statistik dan disusun, tetapi tiada Maklumat Peribadi yang akan dimasukkan ke dalamnya. - Kuki
Laman Web Kyowa Kirin Malaysia Sdn Bhd ini dan perkhidmatan berkaitan yang dikendalikan oleh Kyowa Kirin Malaysia Sdn Bhd (Kyowa Kirin), menggunakan kuki.
- Apakah itu kuki?
Kuki merupakan fail data (atau teknologi yang serupa seperti bikon web) yang disimpan pada komputer, telefon pintar atau peranti lain pelanggan apabila mengakses laman web. Kuki membolehkan pemerolehan maklumat seperti laman tapak web yang dikunjungi oleh pengguna peranti capaian, waktu kunjungan dan data yang serupa. Sila ambil maklum bahawa kuki tidak mengandungi data yang membolehkan pengenalpastian pengguna individu. - Tujuan menggunakan kuki
Kuki yang disimpan pada peranti pengguna digunakan untuk tujuan berikut.- Untuk mempertingkat kemudahan pengguna, seperti membolehkan akses tanpa log masuk kata laluan
- Untuk memaparkan maklumat sejajar dengan minat pengunjung laman
- Untuk menganalisis status akses Laman Web Kirin Holdings ini
- Untuk memudahkan interaksi dengan media sosial, dll.
- Untuk menyebarkan pengiklanan tingkah laku
- Syarikat Pihak Ketiga yang menggunakan kuki
Pemakaian alat dan perkhidmatan syarikat pihak ketiga dengan menggunakan kuki
Untuk memenuhi tujuan yang disenaraikan di atas, Kyowa Kirin menggunakan alat dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat pihak ketiga. Dalam hal sedemikian, syarikat pihak ketiga yang menyediakan alat dan perkhidmatan boleh mengumpulkan kuki yang sama, seperti Kyowa Kirin. - Bagaimana untuk melumpuhkan kuki
Melumpuhkan kuki dengan mengubah tetapan pelayar
Jika diingini, pelanggan boleh melumpuhkan penggunaan kuki dengan memilih tetapan pelayar yang dinyatakan di bawah. Pelanggan diminta supaya mengambil maklum bahawa perkhidmatan tertentu mungkin menjadi tidak tersedia akibat daripada perkara ini.
Pelanggan boleh memilih tetapan pelayar untuk menolak penerimaan kuki dan untuk memaparkan amaran apabila kuki akan diterima. Pelanggan diminta supaya mengambil maklum bahawa perkhidmatan tertentu mungkin menjadi tidak tersedia akibat daripada perkara ini.
Google Chrome
Microsoft Edge
Apple Safari
- Apakah itu kuki?
2. Penzahiran Maklumat Peribadi
Melainkan jika dinyatakan sebaliknya di dalam ini, Kyowa Kirin tidak akan menzahirkan sebarang Maklumat Peribadi kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan anda terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, Kyowa Kirin boleh menzahirkan Maklumat Peribadi anda tanpa persetujuan anda apabila bekerjasama dengan permintaan atau perintah daripada mana-mana agensi atau badan kehakiman, pentadbiran, kerajaan, atau agensi atau badan awam lain, atau apabila bertindak menurut mana-mana undang-undang atau peraturan yang terpakai.
3. Kawalan dan Keselamatan Maklumat Peribadi
(i) Sistem Kawalan
Berkenaan dengan kawalan Maklumat Peribadi anda, Kyowa Kirin akan menugaskan satu atau lebih orang yang bertanggungjawab terhadap kawalan dan keselamatan Maklumat Peribadi anda dan menyimpan semua Maklumat Peribadi anda dalam keadaan yang dikawal dan dilindungi dengan ketat. Kyowa Kirin akan mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk mencegah semua Maklumat Peribadi anda bukan sahaja daripada kebocoran, tetapi juga daripada akses luar yang tidak dibenarkan.
(ii) SSL
Kyowa Kirin menggunakan SSL (Lapisan Soket Selamat: suatu fungsi keselamatan standard industri yang menyulitkan dan menghantar maklumat secara dalam talian) untuk memastikan bahawa maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti yang anda hantar kepada Kyowa Kirin melalui Internet seharusnya disimpan dengan selamat.
4. Pautan
Kyowa Kirin tidak akan bertanggungan atau bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, perbelanjaan, atau ganti rugi yang berkaitan dengan apa-apa Maklumat Peribadi di mana-mana laman web pihak ketiga yang dipaut kepada atau daripada Laman Web Kyowa Kirin ini. Kyowa Kirin mengesyorkan supaya anda mengesahkan setiap pernyataan privasi pada laman web pihak ketiga tersebut.
5. Apa yang Dirangkumi oleh Pernyataan Privasi ini
Pernyataan Privasi ini menghuraikan dasar privasi kami untuk mengendalikan Maklumat Peribadi anda pada laman web ini. Anda seharusnya menyedari bahawa Pernyataan Privasi ini tidak terpakai untuk sebarang laman web pihak ketiga, termasuk, tanpa batasan, mana-mana laman web ahli gabungan.
6. Perubahan kepada Pernyataan Privasi ini
Kyowa Kirin boleh, pada bila-bila masa, mengemaskinikan, mengkaji semula dan menyemak Penyataan Privasi ini demi perlindungan Maklumat Peribadi anda secara lebih berkesan, atau mengikut mana-mana undang-undang dan peraturan yang terpakai. Pemberitahuan semua perubahan tersebut akan diberikan pada halaman ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan notis ini atau tentang amalan privasi kami, sila hubungi kami pada pautan kkmy.dpooffice.2h@kyowakirin.com.